2024-12-13 0:45

Luncurkan Single Kedua berjudul “Rojak Maznah ke tuuu!” Roslan Shah (Cik Lan) Terispirasi dari Sang Ibu

Share

HARIAN PELITA — “Rojak Maznah ke tuuu!” Roslan Shah (Cik Lan) bakal M
mewarnai industri musik tanah Air dan negara serumpun.

Roslan Shah (Ciik Lan) atau nama sebenarnya Roslan Bin Udin merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengarah acara, dan pelawak yang sudah berkecimpung dalam bidang hiburan selama 32 tahun dan berasal dari
Singapura.

Roslan Shah terus aktif serta kekal relevan dalam industri hiburan sehingga sekarang kerana minat dan cinta yang mendalam serta terus komitmen terhadap dunia seni hiburan.

Kabar terbaru “Roslan Shah” mengeluarkan ‘Single’ keduanya berjudul “Rojak Maznah ke tuuu!” untuk mewarnai lagi industri musik tanah airnya Malaysia dan negara serumpun Singapora, Indonesia, Thailand dan Brunei.

Lagu ini ciptaan Pak Dicky/ Akie Keyflow dan ditulis oleh Akie Keyflow/ RS yang berasal dari Indonesia. Konsep dan penceritaan lagu ini sepenuhnya idea dari Roslan Shah sendiri, dan manager Hafis Maulana.

Lagu bergenre Dangdut Modern ini sepenuhnya inspirasi dari Roslan Shah dimana idea nya diangkat dari kisah ibunya sendiri yang membuka usaha “Rojak Buah” yang mendapat sambutan luar biasa dalam kalangan penduduk kampung.

Lagu ini menceritakan bagaimana pelanggan tetap “Rojak Buah” ibunya yang bernama “Maznah” mengekpresikan perasaannya bila merasai keenakan Rojak Buah kesukaannya.

Menurut pendapat Roslan Shah, Rojak Buah sangat sinonim dengan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Dengan itu, lagu ini akan mudah diingati dan dinyanyikan oleh seluruh lapisan masyarat di Malaysia maupun di negara jiran kita yaitu Brunei, Indonesia dan Thailand yang juga sinonim dengan makanan ini.

Roslan Shah berharap lagu “Rojak Maznah Ke Tuuu!” dapat diterima oleh segenap masyarat di Malaysia serta tular di luar negara. Roslan Shah juga berharap dapat mencipta banyak lagi karya seperti ini untuk menonjolkan lagi karakter dirinya yang ceria serta menghiburkan.

Teruskan memberi sokongan anda terhadap “Roslan Shah” pada masa akan datang. •Redaksi/Satria

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *